Wednesday, December 01, 2010

True Colors

Salam.

Sometimes, I wish life is much simpler. Di mana semua orang menunjukkan "true colors" masing-masing. Supaya kita tak tersalah memilih kawan, sahabat dan juga kekasih.

Ada orang yang sentiasa beraksi menggoda. Pantang ada sang teruna, pasti lenggok bicaranya berbeza. Padahal sudah punya teman istimewa. Kasihan pada teman yang mengharap kasihnya. Sering terlepas pandang tindak-tanduk si dia. Aku hanya mampu tersenyum mesra.

Ada orang yang sentiasa kelihatan gembira. Waima apa jua ujian yang dilaluinya. Semua tersimpan kemas rahsianya. Hanya senyum ketawa penawar duka.

Ada juga yang bijak mengatur bicara. Namun manis hanya di bibir sahaja. Tidak pernah mengota kata. Namun tetap menjadi pujaan sukma.

Apa pula warna aku? Dan apa pula warna kamu?

P/S: Aku harap kau bukalah matamu. Semoga apa yang engkau nampak, adalah warna sebenar dia. Dan kau tidak perlu tahu warna sebenar aku.

3 comments:

  1. kenali warna diri sebelum mengenal warna teman lain

    ReplyDelete
  2. AlFatihah Buat Sahabatku Allahyarham Ahsan Rosli Bin Mohd Bain (Alumni SIS 78), Semuga Ditempatkan di Kalangan Orang Beriman.

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...