Saturday, November 27, 2010

Aku Cinta Padamu...

Assalamualaikum.

As always, my apologies for not updating this blog for ages. No one is missing me. Especially when my FB status is updated 3 kali sehari. Heheheh.

Well, maybe posting kali ini agak berat. Berat hati ini nak menulis. Berat jari-jemari mengatur susunan ayat agar ia tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tapi sama-samalah kita ambil iktibar.

Dah lama aku tak rasa manisnya bercinta. Cinta pada aku, bukanlah satu ungkapan ringan. Aku bisa memanggil sesiapa sahaja dengan perkataan sayang, tetapi untuk menyintai, agak payah. Cinta aku pada sang suami, sehingga kini, tiada galang ganti.

Kisah kali ini adalah mengenai seorang kenalan. Aku kenal dia. Mungkin engkau jua kenal dia. Namun engkau kenal dia dalam konteks yang berbeda, dengan rasa dan pandang yg berbeda.

Dia seorang perempuan. Pada mata kasar, seorang perempuan biasa yang agak cantik. Namun jika dihalusi kehidupannya, dia seorang yang agak luar biasa.

Kehidupan kami agak sama siangnya. Bekerja dan mengisi perut. Namun bertukar corak tatkala malam melebarkan sayapnya. Jika aku berbahagia hanya duduk2 di rumah, dia betah mencari hiburan di luar. Jika lenaku pada jam 12 tengah malam dan bangkitku pada jam 5 dinihari, aku kira itulah waktunya dia baru pulang ke sarang dan melenakan mata.

Aku tinggal serumah dengan dua (kengkadang 3) adik lelaki yang amat kuhargai pengorbanan mereka menjadi driver dan bodyguardku. Dan dia, tinggal serumah bersama seorang teman. Teman lelaki.

Maaflah. Aku rasa aku harus berhenti di sini. Sila sambung cerita ini mengikut citarasa masing2.

Namun, untuk pengetahuan kalian, perempuan itu adalah Keluang Woman. Dia pulang lewat kerana bertugas menjaga keselamatan dan keamanan kampung sewaktu kita semua lena. Dan temannya adalah Keluang Man.

2 comments:

  1. Salam,
    Lama tak bersiaran ya...saya x de FB utk add ;)

    Kluang women banyak terbang merata...kat rumah ni pun ada. Balik keja qada tdo sat, jam 11 baru nak kluar, baliknya jam 7 pagi, jam 8.30 pi kerja hu huh u cara hidup moden ----> saya orang kampung je, x reti cara hidup macam tu ;)


    Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

    ReplyDelete
  2. Wsalam Nyss...

    Well, you are not alone Anyss... Lisa pun terasa kekampungan... My life is about staying at home or working in the office... In between are just restaurants, kedai mamak and pasar malam... But I love my life... Cara mereka berseronok dan cara kita2 berseronok nyata amat berbeza...

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...