Sunday, October 07, 2007

Me In Berita Harian Article

Kisah 2

"SIKAP arwah yang tenang dan begitu mengambil berat membuatkan saya menerimanya sebagai suami walaupun ketika itu dia adalah duda berusia 41 tahun yang kematian isteri akibat kanser payu dara dengan tiga cahaya mata," kata Salisa Salleh, 30.

Dia yang kini bergelar janda ekoran bercerai mati dengan arwah suaminya menceritakan bagaimana hatinya boleh tertawan walaupun tahu hakikat yang faktor usia serta status lelaki itu yang bukan bujang sebagaimana yang diidamkan ramai gadis.

Tetapi, bila memikirkan semula usianya ketika itu sudah menginjak 28 tahun dan keikhlasan lelaki itu membuatkan hatinya begitu terbuka untuk menyayanginya sepenuh hati.

"Memang saya tidak menyangka sama sekali saya hanya berpeluang bersama dengannya untuk jangka masa pendek saja. Selang lima bulan selepas berumah tangga dengannya, saya dikhabarkan yang dia menghidap kanser usus pada tahap kritikal (tahap empat)," kata Salisa yang hanya sempat bergelar isteri selama sembilan bulan 22 hari.

Biarpun cuma seketika berkongsi kebahagiaan bersama orang tersayang itu, Salisa tidak menyesal sama sekali menempuh gerbang perkahwinan itu yang baginya cukup indah sepanjang bergelar seorang isteri.

Malah, baginya ujian itu seolah-olah semakin mengeratkan hubungan mereka suami isteri suatu ketika dulu. Ditambahkan lagi dengan hubungan akrab dengan anak-anak arwah sebagai pengubat dan sumber kekuatan untuk menempuh dugaan.

Kata Salisa, hari-hari terakhir sebelum kematian arwah suaminya, dia menjadi begitu lemah dan tidak bermaya, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk sentiasa memberikan sokongan kepada suami, sikap itu diketepikan bulat-bulat.

"Sepanjang arwah suami disahkan menghidap kanser, saya mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah selepas arwah meninggal dunia, saya masih lagi bercuti selama dua bulan selepas itu. "Saya bersyukur, syarikat tempat saya bekerja begitu memahami. Rakan dan keluargalah sumber kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Ditanya bagaimana dengan kehidupannya kini, Salisa berkata dia kini menetap bersama dengan adik lelakinya dan masih bekerja di tempat lama sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan.

Sementara, anak-anak bekas suaminya yang berusia 11 tahun hingga 16 tahun kini dibela oleh keluarga ibu kandung mereka. "Saya masih berhubung dengan mereka walaupun tidak lagi tinggal sebumbung," kata Salisa ringkas sambil meninggalkan seribu pertanyaan.

Full article:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ikon/20071006120323/Article

1 comment:

  1. Babe, aku masa bos ku itu bertanya pasal topic tu, kau yang aku teringat dulu. Kebetulan aku pernah la tergatal mulut cerita kat bos aku cakap pasal ada member yang dah menjadi janda, dia terus tanya.

    Tak pe la babe, kau sesungguhnya bertuah dianugerahkan Tuhan dengan suami yang menyayangi dan mencintai kau, sungguhpun seketika cuma.

    Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Jangan nangis sepanjang di Korea. Weh lama ke kau di sana?

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...