Wednesday, January 31, 2007

Pergi Tak Kembali

Hello again!

Dulu2, kami sekeluarga (Laling, aku, Jiha, Tatis and Chapik) suka berkaraoke dalam Estima. Laling memang suka dengan audio2 ni. Memang ada TV dalam Estima, sebab Laling suka tengok Berita especially bila balik hari Jumaat, jalan jem. Kalau balik kampung ke, pergi bercuti ke, biasanya mesti happy sebab semua suka menyanyi. Aku lak suka Mawi. So dalam MTV Karaoke Mawi AF tu ada lagu "Pergi Tak Kembali", which is everyone's favourite. Sekadar mengingatkan diri sendiri, bahawa suatu hari nanti, bila tiba masanya, aku jua akan pergi tak kembali. Tapi cukup ke bekalan untuk aku menuju ke sana?

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Ehhh... esok aku nak pegi Genting... InsyaAllah, panjang umur, aku sambung lagi blog aku ni.

1 comment:

  1. wahhh.. nak pi genting ye... x habaq pon kat jan... huhu~~
    ok la kak lisa... semoga enjoy dan ceria2 selalu... jgn nakal2 ye.. bebaik tau..
    wuwuwu~~ jan x pernah sampai pon lagi kat genting.. huhu~~ bukan apa... niat nk pi tu ada, tapi takut ler.. hikhik... nanti akak story la ye.. letak gambo bebyk tau... leh la jan tgk... tgk gambo pon jadi la kot... huhu~~

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...