Tuesday, January 30, 2007

Mimpi lagi...

Today, I wake up feeling happy. Why? Because I met arwah Laling again. Walaupun just in a dream, that is enough untuk aku melepaskan rinduku padanya. I miss him very much lately. At least, bila mimpikan Laling, hidup aku yang kadang-kala tak keruan ni, timbul serinya. Betapa rindu ini makin menggunung untuk bersamanya di SANA suatu masa nanti. Laling yang banyak mengukir kenangan indah dalam hidupku. Semoga Allah mencucuri seribu rahmat ke atas rohnya.

Hari ni tak busy mana pun. Semalam aku dah submit monthly billing aku. Hari ni aku dapat more accounts to deal with. Alhamdulillah, it means aku takkan ada masa nak ngantuk2 lagi dah. Apa taknya, with current accounts, sebelah pagi je aku ada keje. With the additional accounts, hope it will make my working hours fully-utilised. I myself don't feel good kalau takde keje. Rasa cam tak sihat je otak aku ni.

Esok 31hb January, of course aku kena stay back cam dolu-dolu gak. Takpelah, once in a blue moon. Semenjak dua menjak handle Australia & New Zealand punye accounts ni, paling lambat aku keluar opis kul 6.15pm. Mana ada balik kul 8.30pm ke, 10pm ke. Tapi esok, kasik can lah. Tolong bebudak contracts. My skills are still needed during month-end.

Oh ya... malam tadi I watched Tentang Bulan. Bila tengok Ila kena tinggal ngan kawan2 dia the 4 boys tu, sedihnya rasa. Sedih sebab aku sendiri banyak kali menyakitkan hati orang, sama ada secara langsung atau tidak, dengan aku sedari ataupun tidak. Aku harap pada mereka yang pernah aku kasihi dan aku lukai, ampunkan kesilapanku. Kadang-kadang, aku memilih untuk melukai diriku. Kadang-kadang aku memilih untuk melukai orang lain. Hidup ini memerlukan pengorbanan. Cinta juga perlukan pengorbanan. Di waktu aku terluka, ada yang berbahagia. Di waktu aku berbahagia, ada juga yang terluka. Apa juga ujiannya, hanya Allah tempat ku berserah.

Yunus 010:43. Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak nampak kebenarannya sebagai orang buta), maka engkau (wahai Muhammad) tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta, juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat (perkara yang engkau tunjukkan itu).

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...