Wednesday, September 27, 2006

Solat Sunat Dhuha

Hari ni suddenly I terribly miss Laling... maybe sebab pagi tadi, for the first time, aku potong kuku jari kaki ku sendiri... Kalaulah ada Laling...

Well, hari ni aku nak kongsi sama2 pasal solat sunat Dhuha. Dhuha ertinya waktu pagi selepas matahari naik hinggalah matahari hampir tegak. Solat sunat Dhuha dilakukan di antara kira2 pukul 8.00pg hingga 12.00 tghari.

Sebuah hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud yang bersumberkan Abu Zarr, menyatakan: "Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat Dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar".

Solat ini mempunyai kaitan dengan sendi manusia yang berjumlah 360. Apabila manusia melakukan solat, semua sendinya terlibat. Setiap sendi ketika solat mendapat pahala 360 sedekah, bersamaan pahala sedekah orang bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir dsbg. Dengan itu, solat Dhuha dapat menjaga kesihatan terutama sendi supaya terhindar dari sakit sendi.

Ulama percaya bahawa solat Dhuha akan menceriakan hidup manusia dan menjemput atau mengundang rezeki kepadanya, berdasarkan hadis sahih: "Wahai anak Adam, lakukanlah solat Dhuha sebelah pagi, nanti Allah penuhi hajat keperluanmu pada waktu petang" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

Caranya:
  1. Niat di hati: "Sahaja saya solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala".
  2. Rakaat pertama: Fatihah, diikuti surah Wa-dhuha
  3. Rakaat kedua: Fatihah, diikuti surah al-Nasr.
  4. Selepas solat, mohon kepada Allah supaya kesihatan semua anggota badan terpelihara, dan pada hari itu dan seterusnya dikurniakan rezeki yang banyak.

Till then, banyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...