Monday, September 25, 2006

Ramadhan Tiba jua...

Assalamualaikum pembuka bicara kali ini. Setahun yang sudah, aku menyambut bulan mulia ini sebagai isteri dan ibu buat pertama kali. Namun Ramadhan kali ini, aku bersendirian. Tiada apa yg aku kesalkan dengan suratan Ilahi, cuma aku berharap Allah melindungi aku sentiasa.
Solat tarawihku semalam agak sayu. Di sebelahku seorang kanak2 comel bersolat, menemani ibunya. Suatu waktu dahulu, aku selalu berharap Najihah akan ikut serta papa, aku, Tatis, Chapik n bibik menunaikan solat tarawih di surau. Ku pujuk hatiku. Moga2 suatu hari nanti, aku akan punya seorang anak perempuan yang boleh kuajak bersama menemaniku. Akan ku ajar anak itu bahawa dunia itu suatu putaran. What you give, you get back. Andai masa di dunia ini diisi dengan kebaikan, pastinya DI SANA kelak kita dibalas dengan haruman syurgawi.
Langkahku lemah ketika keluar dari surau. Tahun lepas, pasti Chapik menungguku di pintu pagar Surau. Chapik yang sentiasa mahu memimpin tanganku ke mana sahaja kami pergi. And papanya pasti menghadiahkan ciuman kasihnya bila tangannya kucium. Satu demi satu kenangan bermain di depan mata. Wahai hati, bersabarlah.
Yang pastinya, aku akan terus mencari sinar bahagia...

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...