Thursday, September 14, 2006

bila hati terusik...

Salam kembali....

Tengahari tadi, sempat aku jumpa RR di Burger King KLCC. Sudah lama pertemuan diatur, baru hari ini aku berkesempatan berbicara dengannya. Sudah ku agak, proses ini akan terus berterusan. Entah bila suatu keputusan muktamad dapat dicapai.

Aku tenung kertas di hadapanku. Segala nilaian harta milik arwah. Banyak angka yang kurang dari sepatutnya. Ke mana hilangnya $X0K dari Tabung Haji arwah?

"Dulu, dengar-dengar, baik sangat. Tak sangka, gila harta!" bait-bait kata dari seorang ibu mertua akan ku ingat selamanya. Akukah yang gila harta? Tak cukupkah pengorbanan aku selama ini menjaga arwah? Menjaga hati anak2 arwah yang cukup membenci diriku? Memujuk arwah setiap kali anginnya naik bila ditegur ibu sendiri? Bercuti tanpa gaji dari February sehingga penghujung June kerana terlalu kasihkan seorang suami? Memeluk dan mendakap tubuh kurus arwah yang diserang kanser agar dia merasa kasih sayangku yang tak pernah berbelah-bahagi? Menelan betapa pahitnya menerima status baru hanya setelah 9 bulan 22 hari bergelar isteri?

Keraskah hati aku bila aku mempertahankan hak aku yang sememangnya termaktub hukumnya di dalam AlQuran? Ya Allah, semoga kebajikan anak2 itu terpelihara. Ya Allah, kau tingkatkanlah lagi kesabaranku. Ya Allah, aku merasa cukup dengan segala anugerahMu yang kau berikan padaku. Semoga aku sentiasa dilindungi dari segala fitnah dan tohmahan. Terima kasih Ya Allah kerana aku masih mampu tersenyum walau hatiku di siat2 kepedihan.

RR pulang dengan sebuah keputusan. Biarlah anak-anak itu terus dijaga oleh keluarga mereka, itu yang terbaik buat mereka. Aku hanya seorang ibu tiri yang telah dihalau keluar. Aku tak akan menuntut sebarang hak penjagaan.

Namun aku tetap menyimpan sebuah harapan. Semoga anak-anak itu sedar suatu hari nanti, betapa kasih sayangku tak pernah terpadam.

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...