Wednesday, May 02, 2007

Dah 2 Mei?

hello all...

It's another 11 hours 6 minutes 46 seconds countdown to my new era... ERA 30-an... Bersediakah aku? Semakin bertambah usiaku, semoga semakin bertambah amalanku... Ya Allah, semoga engkau memudahkan perjalanan hidupku di dunia, perjalananku meniti titian Siratul Mustaqim, dan perjalananku di perkampungan abadi...

Cepatnya 2006 berakhir. Last year, inilah 2 minggu terakhir sebelum allahyarham Mohd Ahsan Rosli menghembuskan nafas terakhirnya. Masih ku teringat titisan air matanya tatkala membaca birthday card dari anakanda Najihah "for my beloved mom". We both knew it wasn't easy for Jihah to accept me as a Mom, but she did.

Hidup aku at 29 years 11months and 29days? Alhamdulillah... Allah bagi pinjaman macam2 kat aku... pekerjaan yang baik (walaupun aku spent masa kat opis lebih dari kat umah), rumah yang cukup besar (walaupun umah sewa), kereta yang masih bergerak (walaupun skang dah jarang guna), makan & pakai yang cukup, hati yang tenang (walaupun kengkadang sedikit teruja), dan keluarga yang kusayangi (termasuk adik2 lain mak, lain bapak)...

Apa lagi yang aku perlukan? There are some people who say, "your life is incomplete, without a man". It makes sense, tapi semuanya tu ketentuan Allah juga. Bukannya aku tak mahu, tapi bersabarlah kawan2ku. Bukannya aku tak pernah merasa nikmatnya alam perkahwinan. Bukannya aku tak teringin untuk menimang cahaya mataku sendiri. Bukannya aku menolak setiap perkenalan dengan kaum Adam. Namun qalbuku masih belum membenarkan ia berlaku. Hanya aku yang memahami, dan aku tahu, ia sukar untuk dimengertikan.

Aku tak perlukan kad atau hadiah, namun ku pinta, semoga kalian mendoakan kebahagiaan aku. Dan aku hanya berharap, a better life begins at 30. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...