Thursday, May 24, 2007

analisa lagi...

Salam All...

Sementara menunggu printout invoice customer New Zealand aku keluar, bolehlah aku update blog kejap... Tak rela aku nak suh Bancik updatekan blog... Buatnya dia saje nak mengkorupkan blog aku... aku tak rela! Lepas ni aku nak kena analyze accounts la pulak... Nak kena credit and rebill dari December 2006... Adehhh... Sajer je nak menambahkan beban kerja aku... Dari pagi aku dah rasa mual2... Perasaan normal setiap kali orang rushing mintak new invoice kat aku!.. Selagi tak setel, selagi tu aku mual... Nak re-print invoice ni pun satu hal... Batch run sejam sekali... Mau pengsan aku nak tunggu...

Apa yek aku nak cerita? Aku pun memang dah kekeringan ayat laaa lately... Poket pun kering... Serba serbi kering... Airmata je yang tak kering2... 17hb hari tu, aku sempat buat tahlil ngan ahli jemaah lunch aku... Masa tu aku leh control lagi... Depan kawan2 kot, malulah nak merembeskan air mata... Balik umah, kunci pintu bilik, mulalah tidur ditemani esak tangis...

Kalau aku ada hubby, entahlaa... Dulu, lepas arwah menikahi aku, aku selalu ajak dia dan anak2 baca Yaasin, hadiahkan buat Allahyarhamah Masnum... Dua minggu sekali aku ajak dia pegi ziarah kubur... Aku tak tahu apa perasaan dia bila aku ajak dia buat mende2 tu semua... Cuma kalau aku ada hubby, aku nak dia sensitif dengan perkara camtu...

Kadang-kadang, aku rasa aku cuba nak menjadi lilin... Membakar dirinya untuk menerangi orang lain... Tapi, aku tak berdaya nak mencapai impianku itu... aku tak berjaya menjadi lilin... Aku hanya berjaya menjadi lisa... Kwang kwang kwang...

Oklah, aku lupa lak... Malam ni malam Jumaat... Kalo dulu, akulah manusia yang paling tak sabor nak balik (macam aku sorang ada hubby), sebab nak baca Yaasin sesama... Tapi skang... sob3x...

Mungkin sebab aku belum jumpa seorang lelaki yang tak boleh hidup tenang tanpa aku di sisi... Korang takkan paham apa maksud aku... Cuma sepanjang hidupnya sebagai suamiku, aku tak pernah berenggang dengannya lebih dari OFFICE HOURS... Satu2nya masa aku berjauhan dengan suamiku adalah pada 01-03 September 2005, aku kena attend IBM punye kursus kat Seremban... Dia hantar aku kat IBM Plaza TTDI pagi Khamis tu... Around 2pm Jumaat tu, dia dah checked-in kat Resort yang sama... Rindu! Tu baru 31 jam!

Ni yang buat aku makin hiba...

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...