Thursday, September 07, 2006

Bila rindu menjengah...

Semalam, balik dari opis, ajak Kimi jalan2 kat Jusco Home Center nak usha pokok. Found one nice one (takmoh beli yang ada bunga dah... kang layu di hujung mekar lagi sekali). Apa tah namanya, janji sedap mata aku memandang. Then pi carik DVD, jumpa "Serving Sara" (romantic comedy). Pastu pi makan nasi lemak rendang ayam. On the way back, nampak ada pasar malam. Alamak! Peyut dah kenyang... nak jenjalan pun dah malas. Lagipun dah nak Maghrib. Terus balik KDsara. Lepas solat, makan cheese cake (camno tak cute!). Pastu Kimi pasang DVD. Layan separuh jalan je... DVD rosak! Grrrrr....

Malas nak tengok Puteri, aku masuk bilik. Termenung cam biasa. Pastu terpandang gambar satu family tergantung dalam frame. I really missed those happy moments. Ada Papa, Chapik, Tatis, Auntie Lisa, Jiha and bibik. At least aku ada banyak happy moments. Nak compare ngan orang lain, aku sangat2 bertuah! "Treasure the moment while it lasts"... lucky me I did! Sedar-sedar aku terjaga dah pukul 3.15am. Alhamdulillah, Allah masih mengirimkan utusanNya untuk menyedarkan aku yang belum solat Isya'.
Pagi ni, aku keluar lewat, sebab tak pi breakfast kat Jasima. Sampai opis dah 8.44am (still 16minutes early!). Pastu buat keje sampai baru kejap tadi... break jap update blog. Hehehehe!
Esok hari Jumaat kan? Meh share this info (moga sama-sama mendapat manfaatnya)...
KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...