Monday, October 27, 2008

Membantu Para Janda

Daripada Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

(Riwayat Muslim)

Bila aku baca Hadith di atas, pada pendapat aku, tak ramai yang ambil peduli pasal golongan janda. Being one of them (or orang Melayu gelarkan aku "Balu"), masyarakat kita kurang membantu. Segelintir para isteri mempunyai pandangan berbeza: "Janda? Aku kena jaga laki aku baik2 camnih, kang kena goda pulak" dan segala macam perasaan negatif bertaut di minda. Semakin serong bila golongan janda ini masih muda.

Berusaha membantu? Jauh sekali. Mengambil kesempatan, mungkin juga?

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan teman yang membantu sepanjang 2 tahun aku memegang status ini. Usah ditanya bila akan ku tukar status ini kerana aku tidak punya jawapannya. Jangan ditanya andai kalian tidak ingin membantu.

2 comments:

  1. salam kenal..
    ur rite dear... org selalu pndang rendh, pandng hina. 8 tahun sy lalui zaman tu.

    ReplyDelete
  2. not all like what you mentioned about,dear. There a still alot outside there were angel. to early to make conclusion[iz]

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...