Monday, September 08, 2008

dari dapur bujang...

khas buat Mok Yang... resipi Murtabak Maggi...

Bahan-Bahan:

Sedikit isi daging/ayam ( potong kecil)
1 ulas bawang putih (diketuk & cincang)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji lada merah (dihiris kecil)
Sedikit sayur campur (kobis/lobak) - optional
1 peket Maggi perisa Kari (rebuskan maggi dalam air mendidih hingga lembut, kemudian toskan)
2 biji telur
Secubit garam

Adunan A:
* campurkan maggi yang telah direbus bersama garam dan telur yang telah dipukul .

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan isi daging/ayam. Masak sehingga empuk.
3. Masukkan lada merah, sayur campur, bawang besar dan perencah Maggi.
4. Kacau sebati. Bila dah masak angkat dan tuangkan ke dalam adunan A. Gaul sebati.
5. Kemudian goreng adunan tersebut di atas kuali leper seperti menggoreng telur dadar. Gunakan hanya sedikit minyak sahaja.
6. Goreng lama sedikit sehingga garing.

Selamat Mencuba!

4 comments:

  1. salam tuan rumah,,
    yg ni boleh cuba senang sikit nak masak hee..

    ReplyDelete
  2. salam zeqzeq... silalah ZZ cuba... senang, mudah dan murah... hehe...

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot my dear LIEYSSA...

    sejak tanya hari tu.. baru ini dapat jengah blog Lieyssa..

    nak cuba laaa.... mesti sedap..

    ReplyDelete
  4. selamat mencuba ye MokYang... mesti sedap je kalo MokYang yang masak...

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...