Thursday, January 18, 2007

Ops II: Kemas barang lagi in 5 mths!

Hari ni, aku dan sahabat opisku, masing2 dah mula buat2 sibuk mengemas barang2. In July 2005, kami berkemas untuk berpindah dari Petronas Twin Tower KLCC ke Plaza IBM Bandar Utama. Masih lagi di bangunan yang sama, kali ini kami berpindah aras pula. Dari 15th Floor, bakal merendahkan diri ke 12th Floor. Adusy, nanti nak kena unpack lagi. Esok, our boxes will be moved downstairs. On Monday, we're expected to clear all by lunch.

Apa2 pun, aku masih lagi mengantuk!

Oh ya... Kalau ikut kalendar Malaysia, Awal Muharram akan jatuh pada hari Sabtu 20 Jan. Tapi kalau mengikut pengiraan Falak sebenar dan juga di Mekah, 1 Muharram 1428H jatuh pada Khamis malam Jumaat (hari ni ler tu 19 Jan). Syukur alhamdulillah pada sesiapa yang berpuasa sunat pada hari ini. InsyaAllah, sama-sama kita mencari waktu terbaik untuk bacaan doa akhir tahun, yang bermaksud seperti berikut:


"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka".

Berikut pula adalah maksud bacaan doa awal tahun:


"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH - 1 MUHARRAM 1428H

1 comment:

  1. rasenyer baru jer sehari jan tak masuk blog kak lisa... dah banyak dah posts.. huhu~~ tapi tak pe, jan lagi suka, hikhik... rajin akak menulis ek...

    eh apsal kena pindah kak... mesti penatkan? ermm tinggi nyer tempat akak keje.. huhu~~ x gayat ker... huhu~~

    thanks for the doa... boleh la jan baca nanti... dh lama x baca doa akhir tahun ngan awal tahun nie... huhu~~~ dulu pon baca masa sekolah...

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...