Wednesday, January 17, 2007

Hak Penjagaan vs Pentadbir Harta

Semalam, aku amik half day leave. Ada appointment ngan RR. Lama dah tak jumpa lawyer aku tu. We met Mazni (if I am not mistaken), who delivered the High Court summon to me. Pelik juga alasan, "rumah mengikut alamat Puan Salisa kami tak dapat cari". Aku dok kat Palma Puteri, sama je dengan tempat Along (abang arwah) sewa. Apa jua alasannya, hanya Allah yang tahu.

Mazni left the office before RR sampai. I went thru the pages. The Syariah High Court hearing will be on 1st March nanti. RR asked me to be there. InsyaAllah. Aku agak ragu2, bila RR informed that they have applied since September to acquire hak penjagaan (which means menjadi pentadbir harta bagi anak2), tapi High Court tak grant the application because I have not given my consent. I hope this case involving me will be settled soon.

Apabila aku mempersoalkan mengapa anak2 itu sekarang di bawah pengawasan neneknya di kampung, bukannya di rumah arwah (rumah yang mana aku dihalau) ataupun di bwh jagaan CR, RR asked me to just leave it. Aku mengundurkan diri kerana telah ada ahli keluarganya yang berkobar-kobar untuk memegang amanah. Aku masih muda, biarlah aku mengalah. Aku tidak mahu suatu masa nanti, apabila aku dibicarakan dihadapan Allah swt, baru aku sedari, aku tidak cukup upaya untuk menjaga amanah itu.

Apabila Allah swt mengamanahkan aku seorang suami yang mengidap 4th stage cancer, sehingga kini aku tidak pasti sama ada aku telah berjaya melaksanakan dan menjaga amanah itu dengan baik sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Apa lagi untuk menguruskan harta anak yatim piatu. Aku mengaku aku tidak mampu. Bukan bermakna aku tidak amanah, namun mengikut perkiraanku, lebih elok diserahkan kepada mereka yang layak dan sanggup.

Apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa semoga Allah melindungi anak2 itu dari hati-hati yang lemah imannya.

1 comment:

  1. salam kak lisa..
    well.. even i still don't get the story so clearly... but i know there was a sad tune in your message...

    hope everything will be fine sooner or later... semoga akak tabah dan kuatkan iman, bykkan berzikir... semoga akak lebih tabah dalam menghadapi semua tu...
    jan pon tak tau nk ckp apa.. cuma sekadar nasihat la yang mampu jan berikan...

    ReplyDelete

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...