Wednesday, November 01, 2006

RAYA UPDATES!

Hi all! It has been ages since I last updated my blog. Baru jek lepas cuti seminggu berhari-raya. Ni serba-sedikit aktiviti di musim perayaan.

SELASA, RAYA PERTAMA: KUANTAN
I wake up quite early to help Mak goreng ketupat. Eventually, aku demam sikit malam raya tu. So tido je sampai pagi. Lepas goreng ketupat, kemas2 apa yang patut. Juadah raya kami: nasi dagang, ketupat, serunding, rendang, nasi impit. Around kul 8pagi, aku, Kimi dan Sabar ke Masjid Besar Kuantan untuk Solat Sunat AidilFitri. Ramainya orang. Tapi sorang pun aku tak kenal.
Sedihnya hati. Tahun lepas, aku beraya dengan Laling, Jiha, Tatis dan Chapik. Tapi tahun ni, aku sendiri je lah.
Balik dari Masjid, aku balik umah. Elly had to send hubby to bus station. Abang iparku kerje petang raya! So, aku join sekali ngan Kimi and Sabar. Lepas tu, konvoi ramai2 ke Kampung Pantai Beserah. Ke umah arwah Wan yang skang diduduki Mak Tam sekeluarga. Aku tak ke kubur pun (padahal depan umah je). Aku sedih sket laaa nak pi kubur. Teringat Laling.
Orang Beserah masak nasi ayam dan nasi dagang. Lama sungguh tak jumpa sepupu2. Most of them dah beranak-pinak. Aku? Ada anak sedara je lah.
Balik dari Beserah, kami ke rumah Mak Ton di Bukit Setongkol, ehhh maybe Chenderawasih. My memory is too poor kalau bab Geografi ni. Sepupu yang rapat denganku masa kecil dulu, Izwar Arfani, takde pulak kat umah. Balik umah mak mertua kat Johor, wife baru 3 minggu delivered first baby.
Petang tu, we went to umah Mak Wan dan umah Mak Tok kat Tanah Puteh. Aku sempat mintak no hp Siti Hajar Salleh. Penatnya! Kami penat sebab kekenyangan. Hehehe.
RABU, RAYA KEDUA: KUANTAN
Hari raya kedua, kami berjalan jauh sikit. We travelled to Pasir Kemudi, Bukit Senyum and Felda Panching. Visited relatives' houses. Balik umah dah kepenatan. Lepas rehat2 kejap, aku & Elly ke Bukit Sekilau. Pergi umah kawan baik Elly, Ruhaiza. Cam Elly gak, dah dapat anak sepasang.
KHAMIS: RAYA KETIGA: MUAR, JOHOR
Alhamdulillah. Berjaya juga kami sekeluarga berhari-raya dengan adik tunggal mak, Mak Yah. Nenek meninggal dunia selepas melahirkan Mak Yah. Lepas tu Tok Aim kawin lain. My family memang baik juga ngan adik-beradik tiri mak. Awal Januari tahun ni, masa Tok Aim meninggal dunia, aku tak berpeluang nak balik Kemelah, Segamat. Masa tu arwah Laling baru tahu dia sakit, takkanlah aku nak ajak dia balik.
Mak Yah almost cried jumpa mak. Well, aku yang tak pernah jumpa sepupu ni, lagilah terkejut. Semua pun dah besar2, hensem2. Mak Yah lupa Laling dah takde. Dia siap tanya, "Ica dah berisi belum?". Uwaaaa!!
Lepas tu pi umah Tok Chik. She's still healthy. Dulu masa kat STF, ada gak dia hantar surat. Tapi aku ni payah nak membalas.
JUMAAT: RAYA KEEMPAT: TAMAN SELAMAT BARU, KUANTAN
Tak pi memana raya ke-empat. Duduk kat umah. Petang aku ngan Elly pegi beli barang2 keperluan umah. Esoknya nak balik dah.
SABTU: RAYA KELIMA: BALIK KUALA LUMPUR...
Tu jelah serba sedikit tentang percutian raya ku kali ini. InsyaAllah lenkali aku update lagi.

No comments:

Post a Comment

MAN... gets and forgets...
ALLAH... gives and forgives...